Wednesday 20 February 2013

Bila Hakikat Kebenaran itu adalah yang Sebenar-benarnya





Aku hakikatnya kuat.
Bukan fizikal yang aku maksudkan
aku kuat untuk mengatasi semua ini dari berlaku
cuma apa yang aku sedihkan
diperlakukan seperti tidak pernah wujud langsung dalam hidup kau
PERNAH TAK KAU FIKIR APE YANG AKU RASE BILA KAU PERLAKUKAN AKU MACAM TU
- Tiap kali berada berhampiran, kau akan lari ke tempat lain
- Tiap kali berselisih kau buat aku ibarat orang asing
- Kau boleh bersembang dengan orang lain tapi bukan aku
- Kau palsukan semua benda yang jadi
- kau hilangkan semua kenangan indah dlama persahabatan kita
- kau hilangkan semua

aku tak pernah mintak untuk kau balas ape yang aku rasa
aku tak pernah minta untuk kau tanya apa-apa yang terjadi kat aku
aku tak pernah mintak untuk kau buat mcam nie
aku tak pernah mintak untuk kau bergurau senda
aku tak mintak semua tu

KAU

-TAK perlulah bertanya ape yang terjadi dekat aku walaupun bende tu kau nampak depan mata, sebab aku tak perlukan simpati PALSU KAU, PERASAAN AMBIL BERAT YANG KAU BUAT-BUAT
-TAK perlulah bertegur langsung dengan aku jika itu yang kau nak, SEBAB aku bukan BERSAHABAT dengan orang yang hanya tahu menyakiti HATI DAN PERASAAN SAHABATNYA
-TAK tak perlu untuk membuat seolah-olah tidak ada apa yang berlau, SEBAB HAKIKATNYA KAU DAH TAHU KEBENARANYA DAN KAU SENDIRI MINTA UNTUK DIBENCI
- TAK perlu untuk mengetahui segala apa pasal aku lagi. SEBAB KAU AKU ANGGAP SUDAH MATI

mungkin kejam, keji segala perkataan aku ni,tapi kau pernah fikir tak kalau kau ditempat aku. kalau PEREMPUAN YANG KAU SUKAN KAN TU BUAT SEMUA NI DEKAT KAU. KAU PERNAH FIKIR TAK????

AKU RELA HILANG SEGALA PERASAAN YANG ADA DARI HILANG PERSAHABATAN. TAPI ITU YANG ENGKAU NAK. ENGKAU NAK HILANGKAN KEDUA-DUANYA. aku akan cuba bersungguh-sungguh untuk usahakan. demi hajat terakhir kau tu.

AKU AKAN TETAP MENJADI AKU. dan ingat setiap ape yang kita buat pada orang, semua perkara itu akan berlaku balik pada kita. aku tak mendoakan keburukan untuk kau, tapi itulah hakikatnya.


AKU TAK PERNAH KENAL KAU, ORANG YANG AKU KENAL DAHULU HAKIKATNYA DAH MATI DARI HATI AKU

Friday 11 January 2013

Allah tempat aku mengadu. bantu aku wahai Allah

kau. tahu tak aku sedih dengan kau.
tahu tak aku akan lepaskan kau.
kau tahu tak aku tak boleh nak berdepan dengan kau.
kau tahu tak aku x mampu untuk terus menyokong kau lagi.
Pergi! tolong la PERGI.
jangan timbulkan lagi perasaan indah yang wujud dalam hati aku nie
aku x pernah nak salahkan kewujudan kau.
tapi aku nak salahkan diri aku
sebab gagal mengawal perasaan yang aku rasa sekarang
aku sangat pasti aku bukan org yang kau maksudkan
setiap doa aku, sering kali disebut nama kau.
untuk kita dipertemukan dengan orang yang lebih baik
orang yang mampu untuk membawa kita kejalan Allah
Ya Allah..
aku mohon pada engkau.
sesungguhnya perasaan cinta ini juga datang dari engkau
mana mungkin aku sebagai hamba mampu menolak
namun aku tidak mempunyai kepastian. bahawa aku adalh orang itu
oleh itu, daripada aku terus hanyut hidup dalam angan-angan indah ku ini,
kau berikanlah aku petunjuk
berikan aku kekuatan menghadapi hari esok
tanpa ada lagi perasaan ini.
Aku Lepaskan Kau Pergi Dari Hati Aku.

Thursday 10 January 2013

Terpanah Asmara


Biarlah Rahsia

Kerana Rindu Itu Percuma, Maka ia mudah dipersia-siakan. Namun Aku Tidak



Hari-hari itu indah
Kenapa??
orang laen tak perlu tahu kenapa. cukup sekadar aku yang tahu. dan aku ikhlas dengan perasaan ni. jiwang?? setiap manusia itu punya perasaan kasih dan sayang .. itu juga anugerah yang Allah beri kepada setiap manusia. perasaan untuk menyayangi dan disayangi.
 Aku tak tahu kenapa aku x nampak semua ni sebelum ni. kenape baru sekarang aku nampak. Biasalah bila kita dah lambat ni, memang kita sendiri akan sedih.  sedih bila dapat tahu die sendiri menyukai orang laen. dan orang itu sudah pasti sudah tentu bukan diri aku.
Dia muncul saat aku susah. dia juga ada saat aku senang. mungkin perasaan ini dipanggil sayang kepada sahabt. namun hakikatnya aku tahu menilai. menilai yang perasaan ini bukan seperti perasaan aku terhadap orang lain. bukan paras rupa yang aku cari. bukan harta kekayaan yang aku perlukan. namun aku hanya perukan orang mampu menerima aku seadanya dan orang mampu untuk membuat keputusan supaya dia mampu membawa aku kejalan yang benar. aku seorang perempuan yang perlukan bimbingan. namun bukan jugalah ustadz pilihan aku. aku tahu menilai diri aku yang tidak layak untuk mencari ustaz buat diri ini. cukuplah dia yang ada didikan agamanya, ada pelajarannya, baik akhlaknya, patuh kepada ibu bapanya dan yang penting bertanggungjawab untuk bakal keluarganya. Bak kata kak anne. jangan cari suami yang bodoh. bodoh dalam konteks ini ialah, lelaki yang tidak berpendirian dan yang tidak berusaha untuk mengubah dirinya kepada yang lebih baik. Kamu! aku redha, jika bukan aku orang itu. aku juga gembira jika kamu bahagia. perasaan aku ini x perlu diperdulikan, kerana kelak aku juga bakal ditemukan dengan bakal imamku yang setia menjadi imamku. Mama, abah, selalu beritahu pada aku dulu terutamanya mama, mama sentiasa doakan odah ditemukan dengan jodoh yang baik, supaya bila mama tak ada nanti, ada orang yang boleh jaga odah. ada orang yang boleh sayang odah. jadikan pengajaran dengan semua pengalaman hidup yang odah lalui.orang lain tidak merasa apa yang odah rasa. dan mama bangga mempunyai anak-anak yang tabah untuk mengharungi hidupnya. mama odah rindukan sangat mama. kalau mama ada, dpt odah ceritakan semua ni. hanya seorang ibu yang akan memahami perasaan anaknya. Mama jangan bimbang, odah x akan sedih malah odah akan tumpang bahagia kalau die bahagia dengan orang itu.


Thursday 5 April 2012

wanita itu istimewa


Lumrah manusia jatuh cinta. Wanita kaum hawa yang lemah memerlukan kaum Adam disisinya. begitu juga kaum Adam yg memerlukan wanita sebagai peneman hidup. Itu adalah hakikatnya. Dalam agama kita yang melarang seorang itu mendekati zina sudah terang-terangan memaklumkan berpasangan itu adalah haram melainkan hanya dengan ikatan pernikahan yang sah.
namun jika kita melihat realiti dunia kita pada hari ini, pasangan kekasih menjadi satu kemestian dalam diri seseorang. sehingga mereka yang tidak mempunyai psangan ini akan merasa ingin mencuba sedangkan sudah ditegah didalam agama kita. perkaara ini tidak terlepas dari aku yang kadang kala merasa ingin bercinta. Namun begitu, aku bersyukur kepada Allah kerana tidak menjadikan aku salah seorang dari mereka. biarlah aku menahan nafsu ini. biarlah rindu aku dilepaskan hanya untuk Dia seorang. biarlah hati aku hnya untuk pencipta yang Esa. kasihnya Allah kepada kita sehingga memberi kita pasangan yang terbaik untuk mendorong si hawa ke arah yang diredhai.
Allah jika bukan dia maka jauhkanlah perasaan ini. jika dia orangnya maka satukanlah hati kami dan satukanlah ikatan ini hingga ke akhirnya.. InsyaAllah..

Monday 2 April 2012

KAU X SEPERTI DULU



Hari berganti hari
bulan berganti bulan
kita tetap sama
tetapi
perasaan kian berbeza
x ade lagi rasa itu
kita membawa haluan yang berbeza
kau dengan cara tersendiri
dan aku hanya mampu menanti
namun
aku sedar aku harus berhenti
berhenti dari lamunan ini
mula membuka pintu hati
mencari kekasih hati
muncul Dia
cuba membawa aku ke dunianya
dunia yang penuh dengan perbezaan
membawa aku ke dunia sebenar
yang tidak hanya indah dimata mnusia
mengajar aku erti kehidupan
menerokai alam semesta
sangat menghargai siapa aku
dikala itu engkau masih menyepi
aku sendiri buntu
akhirnya
aku tekad meninggalkan engkau jauh driku
selamat tinggal

lots of love -aku-

Sunday 4 March 2012

lama sudah



Sangat lama x update blog,rindu sangat ~ ~
 padahal sangat banyak yang yang jadi dekat aku.. tpi kite x perlulah nak meniti setiap satu cerita hidup diri kite ni kan.. sebab menyimpan sebenarnya memberi nilai yang sangat tinggi terhasap segala kenangan tersebut.. ok dah nekad blog saye kli ini untuk santapan diri iaitu dipenuhi dengan pic2 yang cun dan kata- kata hikmah k..kerana manusia ini harus diberi kata2 semangat setiap hari.