Thursday 5 April 2012

wanita itu istimewa


Lumrah manusia jatuh cinta. Wanita kaum hawa yang lemah memerlukan kaum Adam disisinya. begitu juga kaum Adam yg memerlukan wanita sebagai peneman hidup. Itu adalah hakikatnya. Dalam agama kita yang melarang seorang itu mendekati zina sudah terang-terangan memaklumkan berpasangan itu adalah haram melainkan hanya dengan ikatan pernikahan yang sah.
namun jika kita melihat realiti dunia kita pada hari ini, pasangan kekasih menjadi satu kemestian dalam diri seseorang. sehingga mereka yang tidak mempunyai psangan ini akan merasa ingin mencuba sedangkan sudah ditegah didalam agama kita. perkaara ini tidak terlepas dari aku yang kadang kala merasa ingin bercinta. Namun begitu, aku bersyukur kepada Allah kerana tidak menjadikan aku salah seorang dari mereka. biarlah aku menahan nafsu ini. biarlah rindu aku dilepaskan hanya untuk Dia seorang. biarlah hati aku hnya untuk pencipta yang Esa. kasihnya Allah kepada kita sehingga memberi kita pasangan yang terbaik untuk mendorong si hawa ke arah yang diredhai.
Allah jika bukan dia maka jauhkanlah perasaan ini. jika dia orangnya maka satukanlah hati kami dan satukanlah ikatan ini hingga ke akhirnya.. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment