Friday 11 January 2013

Allah tempat aku mengadu. bantu aku wahai Allah

kau. tahu tak aku sedih dengan kau.
tahu tak aku akan lepaskan kau.
kau tahu tak aku tak boleh nak berdepan dengan kau.
kau tahu tak aku x mampu untuk terus menyokong kau lagi.
Pergi! tolong la PERGI.
jangan timbulkan lagi perasaan indah yang wujud dalam hati aku nie
aku x pernah nak salahkan kewujudan kau.
tapi aku nak salahkan diri aku
sebab gagal mengawal perasaan yang aku rasa sekarang
aku sangat pasti aku bukan org yang kau maksudkan
setiap doa aku, sering kali disebut nama kau.
untuk kita dipertemukan dengan orang yang lebih baik
orang yang mampu untuk membawa kita kejalan Allah
Ya Allah..
aku mohon pada engkau.
sesungguhnya perasaan cinta ini juga datang dari engkau
mana mungkin aku sebagai hamba mampu menolak
namun aku tidak mempunyai kepastian. bahawa aku adalh orang itu
oleh itu, daripada aku terus hanyut hidup dalam angan-angan indah ku ini,
kau berikanlah aku petunjuk
berikan aku kekuatan menghadapi hari esok
tanpa ada lagi perasaan ini.
Aku Lepaskan Kau Pergi Dari Hati Aku.

Thursday 10 January 2013

Terpanah Asmara


Biarlah Rahsia

Kerana Rindu Itu Percuma, Maka ia mudah dipersia-siakan. Namun Aku Tidak



Hari-hari itu indah
Kenapa??
orang laen tak perlu tahu kenapa. cukup sekadar aku yang tahu. dan aku ikhlas dengan perasaan ni. jiwang?? setiap manusia itu punya perasaan kasih dan sayang .. itu juga anugerah yang Allah beri kepada setiap manusia. perasaan untuk menyayangi dan disayangi.
 Aku tak tahu kenapa aku x nampak semua ni sebelum ni. kenape baru sekarang aku nampak. Biasalah bila kita dah lambat ni, memang kita sendiri akan sedih.  sedih bila dapat tahu die sendiri menyukai orang laen. dan orang itu sudah pasti sudah tentu bukan diri aku.
Dia muncul saat aku susah. dia juga ada saat aku senang. mungkin perasaan ini dipanggil sayang kepada sahabt. namun hakikatnya aku tahu menilai. menilai yang perasaan ini bukan seperti perasaan aku terhadap orang lain. bukan paras rupa yang aku cari. bukan harta kekayaan yang aku perlukan. namun aku hanya perukan orang mampu menerima aku seadanya dan orang mampu untuk membuat keputusan supaya dia mampu membawa aku kejalan yang benar. aku seorang perempuan yang perlukan bimbingan. namun bukan jugalah ustadz pilihan aku. aku tahu menilai diri aku yang tidak layak untuk mencari ustaz buat diri ini. cukuplah dia yang ada didikan agamanya, ada pelajarannya, baik akhlaknya, patuh kepada ibu bapanya dan yang penting bertanggungjawab untuk bakal keluarganya. Bak kata kak anne. jangan cari suami yang bodoh. bodoh dalam konteks ini ialah, lelaki yang tidak berpendirian dan yang tidak berusaha untuk mengubah dirinya kepada yang lebih baik. Kamu! aku redha, jika bukan aku orang itu. aku juga gembira jika kamu bahagia. perasaan aku ini x perlu diperdulikan, kerana kelak aku juga bakal ditemukan dengan bakal imamku yang setia menjadi imamku. Mama, abah, selalu beritahu pada aku dulu terutamanya mama, mama sentiasa doakan odah ditemukan dengan jodoh yang baik, supaya bila mama tak ada nanti, ada orang yang boleh jaga odah. ada orang yang boleh sayang odah. jadikan pengajaran dengan semua pengalaman hidup yang odah lalui.orang lain tidak merasa apa yang odah rasa. dan mama bangga mempunyai anak-anak yang tabah untuk mengharungi hidupnya. mama odah rindukan sangat mama. kalau mama ada, dpt odah ceritakan semua ni. hanya seorang ibu yang akan memahami perasaan anaknya. Mama jangan bimbang, odah x akan sedih malah odah akan tumpang bahagia kalau die bahagia dengan orang itu.